Funky and Cool Bean Bags

on Jumaat, 30 Jun 2017

Funky and Cool Bean Bags
Bean bags are fun and funky ‘chairs’ to have around in your home and offices. Bean bags usually allude to a laidback atmosphere and encourage relaxation while working. Bean bags are the cool ‘chairs’ to have around so that you can kick back and be comfortable while browsing your mobile phone, reading, listening to music or even typing away on your laptop.



Trendy and Fun Furniture
The Perfect Bean Bag 2 KG is the trendy addition that you need for your space. Perfect for a relaxed environment that encourages creativity, Perfect Bean Bag 2 KG will be the seat of fun for you. The Perfect Bean Bag 2 KG is lightweight yet perfectly big enough to accommodate you comfortably. This bean bag is perfect for a calm lounging about just when you need to de-stress or have a little fun in the office or at home.


Rev Up Your Space with Perfect Bean Bag
The Perfect Bean Bag 2 KG has a micro suede cover that is durable and comfortable and comes with a black bottom to avoid stain. The beanie goodness within is protected, secure and comfortable for you to hop on, lie down and play around with. The Perfect Bean Bag 2 KG the amazing bright-up your space addition that will change the way you relax at home and at work.




4 Teknik Mudah Lulus Pinjaman Rumah

on Rabu, 22 Februari 2017

Dalam dunia ini, jarang kita mendengar orang membeli rumah secara tunai hatta jutawan sekalipun, mereka tetap akan menggunakan sistem pinjaman bank. Rumah bukan lagi satu kehendak, tetapi merupakan satu keperluan. Namun ada yang meletakkan sebagai kehendak. Kehendak ini diletakkan atas faktor selepas memiliki rumah kediaman sendiri. Membeli rumah pertama ataupun kedua mahupun seterusnya, perlu bijak mengetahui teknik mudah lulus pinjaman rumah. Bukan mudah pihak bank mahu meluluskan pinjaman kita. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa menghadapi beribu permohonan pinjaman. Apa yang perlu mereka lakukan adalah membuat tapisan yang benar-benar layak. Soalnya, bagaimana mahu melepasti tahap kriteria bank?



#1 Ketahui Kelayakan Pinjaman

Kita sedia maklum bahawa kriteria pinjaman perlu kepada pengiraan Debt Service Ratio  (DSR). Bagi pinjaman perumahan kebiasaannya pada  kali pertama tahap DSR adalah tidak lebih dari 70%. Bagaimana mahu mengira DSR ini? Jumlah komitmen hutang dibahagikan kepada jumlah pendapatan kita. Pengiraan DSR ini sangat penting kerana jika kita sendiri tidak melepasi syarat DSR, maka permohonan yang dibuat tidak akan diluluskan dengan serta merta. Ini kerana DSR adalah kunci bagi memudahkan kita membuat permohonan pinjaman kepada pihak bank.

#2 Semak Rekod CTOS Dan CCRIS

CTOS dan CCRIS merupakan satu sistem yang merekod laporan kewangan. Ia merupakan sumber rujukan laporan kredit kepada pihak bank. Sebagai contoh jika kita membuat sebarang pinjaman kewangan, segala butir pembayaran akan direkodkan sama ada pembayaran dilakukan secara berkala ataupun tidak. Sertakan sekali rekod CTOS dan CCRIS dalam permohonan pinjaman kita.

#3 Side Income

Jika kita sudah mempunyai pekerjaan dan mempunyai pendapatan yang tetap, bank tetap mahu melihat jika pemohon mempunyai pendapatan yang lain. Ini sangat membantu lebih-lebih lagi ia mampu memberikan pengurangan kepada DSR pendapatan kita. Sebagai contoh, pemohon mempunyai surat perjanjian sewa rumah yang sah. Maka, segala transaksi kewangan akan direkodkan dalam bank. Maka, pihak bank melihat aktiviti wang masuk berlaku dalam akaun bank pemohon.

Jika kita sekadar mempamerkan surat laporangan kewangan tanpa penyata akaun, ia tidak membantu pihak bank. Jika kita berniaga goreng pisang sekali pun, masukkan ke dalam akaun bank agar wujud transaksi yang dianggap positif.

#4 Alasan Munasabah

Dalam dokumen permohonan kita, sertakan sekali alasan munasabah mengapa kita layak untuk menerima pinjaman perumahan ini.  Alasan yang dibuat hendaklah berpandukan kepada bukti yang disertakan dalam dokumen. Sekiranya rekod CTOS dan CCRIS kita baik, nyatakan kepada pihak bank kita merupakan peminjam yang sentiasa memberikan komitmen dalam pembayaran hutang dan sebagainya.

Nota - Jika anda mahu membeli rumah lelong saya sarankan anda mendapatkan e-book - Rahsia Rumah Lelong

Persediaan Sebelum Membeli Rumah Pertama

on Isnin, 20 Februari 2017

Persediaan Sebelum Membeli Rumah Pertama

Apabila seseorang itu sudah bekerjaya, Sudah punyai income bulanan yang stabil.

Antara pekara yang difikir tentulah hal mendirikan rumah tangga.

Dan apabila sudah memikir tentang hal ehwal rumah tanga , pasti mereka ada memasang impian untuk membeli sebuah rumah.

Pada hari ini, rumah merupakan satu aset terpenting dalam hidup kerana tanpa rumah kita  terpaksa mengeluarkan sejumlah wang  tanpa henti untuk menyara kos tempat tinggal.  (Anda perlu sentiasa membayar duit sewa yang pasti akan meningkat sewanya)

Jadi perancangan untuk membeli rumah perlu dijadikan agenda utama ,sebelum membeli yang lain - lain seperti kereta mewah.

Okeh sebelum kita mula ke fasa untuk membeli apa kata kita lihat dulu berberapa pekara yang paling utama sebelum membeli rumah.



#1 Menilai Pendapatan Diri Sendiri

Perkara utama sebelum kita membeli rumah adalah dengan menilai pendapatan diri kita sendiri pada setiap bulan.

Adakah gaji yang kita terima setiap bulan banyak dihabiskan pada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Membuat keputusan untuk membeli rumah adalah satu keputusan yang boleh menentukan gaya hidup kita di masa hadapan.

Berbekalkan gaji minima RM2500 lepasan ijazah dan kemunkinan dicampurkan menjadi RM5000 bersama isteri, adakah kita layak untuk membuat pembelian rumah. Pembelian ini bukan melibatkan angka yang kecil, tetapi sangat besar.

Jika kita tersilap langkah, dan gagal untuk melunaskan bayaran ansuran secara tidak langsung kita akan dijatuhkan muflis.

Oleh kerana itulah keputusan dalam pembelian rumah sangat penting untuk dilakukan. Berhutang bukan 5 tahun ataupun 10 tahun. Ia boleh mencecah 25 hingga 30 tahun lamanya.

Saya rasa ia adalah satu tempoh yang bergitu lama. Jika gagal merancang pasti akan terkecundang.

Bagi pekerja sektor awam ia mempunyai jaminan yang tersendiri daripada pihak kerajaan.

Namun bagi sektor swasta pula, ia agak berisiko tinggi.

Lebih-lebih lagi banyak kes rumah tergadai, dilelong bank gara-gara pemilik rumah dibuang kerja dan gagal untuk melunaskan bayaran ansuran sehingga tertunggak 6 bulan lamanya.

#2 Disiplin Dalam Berbelanja

Membuat perancangan membeli rumah, Kawal diri dari sifat boros dalam berbelanja.

Sikap seperti ini sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri.

Bayangkan kita perlu mengeluarkan wang untuk melunaskan bayaran ansuran rumah, tetapi jika kita boros berbelanja adakah kita mampu melunaskannya.

Budaya terikut-terikut dengan cara orang lain juga dilihat sebagai satu pengaruh utama. Disipilinkan diri kita dan utamakan keperluan berbanding kehendak.

#3 Penyediaan Downpayment

Kita perlu memastikan sekurang-kurangnya kita menyediakan 10% daripada nilai hartanah yang kita sasarkan.

Namun begitu, bergantung kepada penjual sama ada nilai jualan hartanah tersebut sudah termasuk kos yuran guaman ataupun tidak.

Jika tidak, kita perlu mengeluarkan lagi kos untuk menanggung kos guaman tersebut. Sebagai pembeli, pastikan pihak penjual mahupun pemaju memaklumkan perkara tersebut sebelum melakukan sebarang transaksi.

#4 Memilih Rumah

Mungkin ada di antara kita keliru dalam mendapatkan rumah pertama.

Keliru sama ada mahu membeli rumah lelong, under construction mahupun subsale.

Jawapannya ada dalam diri kita sebenarnya.

Jika kita mahu menjadikan sebagai pelaburan yang mempunyai aliran tunai, rumah lelong dan subsale adalah dianggap lebih sesuai.

Terpulang kepada matlamat dan kemampuan diri kita.

Sememangnya, rumah under construction nilainya adalah lebih mahal berbanding yang lain.

persediaan-membeli-rumah-pertama

Kesimpulan

Sebelum mensasarkan hartanah, kenalpasti dahulu matlamat kita. Adakah pembelian ini adalah untuk didiami atau digunakan sebagai pelaburan hartanah. Jangan jadikan pelaburan pertama dalam bidang hartanah kita menjadi sia-sia.  Namun begitu, jika tersilap bukanlah bermakna kita gagal buat selama-lamanya.

Nota - Jika anda mahu membeli rumah lelong saya sarankan anda mendapatkan e-book - Rahsia Rumah Lelong

Penerangan ringkas tentang hartanah

on Khamis, 16 Februari 2017

Apa Itu Pelaburan Hartanah?

Semua orang tahu dengan istilah melabur, iaitu mengeluarkan sebahagian sumber untuk tujuan tertentu bagi memberi sesuatu pulangan.

Hartanah pula merupakan sebuah aset yang dinilaikan atau diperdagangkan sama ada dengan rumah mahupun tanah.

Kedua-duanya mampu memberikan statistik angka yang menarik.Industri pelaburan hartanah bukanlah suatu perkara yang baru sebenarnya.Ia mula dilihat berkembang seawal tahun 2000.

Pada ketika itu, tidak ramai yang menyedari tentang potensi besar bidang pelaburan hartanah ini.

Namun begitu, pemilikan tanah mahupun rumah pada ketika itu sudah dilihat meningkat dari semasa ke semasa.

Boleh dikatakan orang yang hidup zaman pasca kemedekaan dilihat banyak memiliki hartanah.
Itu sudah terbukti banyak harta pusaka nenek moyang kita yang pada hari ini berganda-ganda nilainya berbanding dahulu.


Menerajui bidang pelaburan hartanah pada hari ini bukanlah suatu perkara yang mudah.
Bukan sahaja nilai hartanah yang semakin mendadak, malah wujudnya banyak persaingan.
Daripada syarikat mahupun ejen hartanah, masing-masing berusaha memastikan mereka mencapai jualan yang disasarkan.

Bidang hartanah bukan sahaja dipelopori oleh satu golongan sahaja, malah peluang ini sememangnya terbuka luas sama ada kita berada di tepi pantai, di tengah bandar, di kawasan kampung dan lain-lain lagi.

Semuanya memberikan nilai tidak kira sama ada ia tinggi mahupun rendah.
Nilai hartanah yang susut tidak mustahil boleh meningkat tinggi malah berlaku juga sebaliknya.
Penilaian nilai hartanah bergantung kepada keadaan persekitaran dari segi struktur kawasan,kemudahan awam, dan lain-lain lagi.

Semakin banyak kemudahan yang terdapat di sesebuah kawasan, semakin tinggi nilainya.Kita bermain dengan banyak hipotesis.

Antara punca nilai hartanah merudum jatuh antaranya disebabkan sebagai contoh, kawasan berkenaan terdedah kepada bahaya tanah runtuh seperti yang terjadi di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

Selain itu, faktor keselamatan awam yang terdedah kepada aktiviti jenayah juga turut diambil kira.

Tentulah, siapa yang mahu tinggal di kawasan yang berisiko dengan nyawa kita.
Tambah lagi, kegagalan pihak pemaju membuat penyelenggaran berkala menyebabkan para pemilik aset menanggung kerugian dari segi nilai.

Walaubagaimanapun, bagi menceburi bidang hartanah ini, seseorang itu memerlukan melaburkan wang dalam nilai angka yang agak besar.

Hal ini berikutan, pelaburan jenis hartanah memerlukan kita bermain bukan setakat dengan enam angka sahaja, malah ia juga mencecah sehingga ketujuh angka.

Angaka-angka ini menunjukkan simbol kekayaan yang membolehkan seseorang itu bergelar jutawan.

Namun demikian, bidang hartanah ini sentiasa terdedah kepada risiko bahaya.

Antaranya jika seseorang itu gagal dalam menjelaskan ansuran bayaran kepada pihak bank secara berkala, alamatnya rumah yang dimilikinya bakal dilelong.

Secara kesimpulannya, pelaburan hartanah merupakan satu bentuk pelaburan yang memberikan pulangan modal secara maksima bergantung kepada usaha dan ilmu kita.

 
© Blog harta kita All Rights Reserved
OnLajer